Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)
Bahan bantu Pengajaran dan Pembelajaran adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. BSPP bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut.
Menurut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BSPP bolehlah dirumuskan seperti berikut:
• BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
• Sebagai daya penarik penting kepada seseorang murid
• Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
• Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan murid
• Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
• Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata murid.
• Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BSPP seperti berikut:
• memberi rangsangan dan minat murid-murid.
• menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak
balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
• membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
• menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan
pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
• dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
• mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid
murid.
Jenis-jenis bahan
sumber untuk pemulihan Bahasa Melayu:
i. Carta abjad kecil
ii. Carta abjad besar
iii. Carta abjad besar dan kecil
iv. Carta abjad bergambar
v. Set kad abjad kecil : jenis biasa, jenis bertebuk, jenis
timbul (3D)
vi. Set kad abjad bergambar : satu huruf satu gambar, satu
huruf banyak gambar,
vii. Set kad suku kata : suku kata kv, suku kata kvk, suku
kata vk & vkk,
viii. Kad perkataan anika peringkat : v + kv , kv + v , kv+kv ,
kvk , v + kvk , kv+kvk , kvk+kv , kvk+kvk , kvkk , v+kvkk , kv=kvkk , kvkk+kv ,
kvk+kvkk , kvkk+kvk, kvkk+kvkk
ix. Kad-kad ayat
x. Papan landas & kad landas
xi. Kad suaian : abjad dengan gambar, suku kata dengan
gambar, perkataan dengan gambar,
xii. Kad (permainan) suaian : tapak kad suaian, kepingan kad
huruf untuk suaian, kepingan kad perkataan untuk suaian.
xiii. Peti pos : untuk abjad dengan gambar, untuk suku kata
dengan gambar,
xiv. Kad selit : abjad, suku kata,
xv. Kad sorong tarik : gambar dengan huruf, suku kata dengan
suku kata, gambar dengan perkataan,
xvi. Kad lipat
Jenis-jenis permainan untuk pemulihan Bahasa Melayu
i. Permainan memancing
ii. Permainan Lotto / Binggo : gambar, suku kata, perkataan,
iii. Permainan Domino : gambar dengan gambar, gambar dengan
huruf, huruf dengan huruf, suku
kata dengan suku kata, suku kata dengan gambar,
perkataan dengan perkataan, perkataan dengan gambar.
Contoh Bahan Sumber P&P