CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pemulihan Bahasa Melayu


Masalah membaca dalam kalangan murid sekolah sekarang mendapat perhatian umum.  Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Bagi mengatasi masalah bacaan dalam kalangan murid sekolah, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan program pemulihan di sekolah-sekolah rendah. 

Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah.

 Pendidikan pemulihan dapatlah didefinisikan seperti berikut;

            Pendidikan pemulihan adalah  tindakan –tindakan pendidikan
khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran.  Kanak-kanak
 yang menjadi sasaran pendidikan pemulihan ini mungkin
menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat
pemulihan khas secara sambilan atau dalam kumpulan yang
dikeluarkan daripada kelas biasa untuk diajar oleh seorang
guru pemulihan.

                                                 National for Remedial Education,
                                                 Great Britain.


Punca kanak-kanak gagal membaca

1.     Guru kurang menumpukan kepada teknik untuk membina kebolehan-kebolehan yang terlibat dalam 
        proses bacaan.

2.     Kurang kesedaran ttg pengaruh pembelajaran ke atas individu kanak-kanak yang berlainan personaliti
                                               
3.    Kurang kesedaran bahawa membaca ,terutamanya bacaan mekanis, mempunyai asas nuerologikal.
       Kemahiran membaca hanya boleh dicapai setelah tahap neurologikal tertentu dicapai.

Tanda2 neurologikal tidak matang atau abnormal – lemah koordinasi otot, pertuturan tidak sempurna, gangguan persepsi dll.

4.    Kurang kesedaran ibu bapa atau guru tentang kepentingan kesediaan membaca kanak-kanak.

5.  Gagal memahami keperluan pujian, galakan, dan motivasi sepanjang masa. Kecekapan pembelajaran
     kanak-kanak bergantung kepada keadaan emosinya semasa belajar. Kegagalan yang berulang kali dan
     kekecewaan menjadikan kanak-kanak tidak teratur, sgt kecewa, malu, takut, dan tidak ada tumpuan.

6.  Pengajaran guru  yang lemah dan tidak sesuai akibat daripada kurang latihan yang mencukupi.

Berbalik kepada masalah bacaan dalam kalangan pelajar, usaha-usaha yang berkesan perlu dilakukan untuk membantu mereka.  Semua guru berperanan untuk mengesan  kewujudan pelajar ini dan cuba mencari punca masalah membaca yang dihadapinya.  Dalam konteks pengajaran, banyak cara yang dapat diakukan untuk memulihkan masalah bacaannya.


 Kaedah pengajaran pemulihan bacaan

Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita gunakan untuk membantu pelajar  yang tidak dapat membaca dengan baik.  Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan.  Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya kepada murid berkenaan.  Perkara terpenting adalah murid perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap.  Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya. 
  1. Kaedah Pandang dan sebut/ Kaedah Seluruh Perkataan
  2. Kaedah Gillingham
  3. Kaedah Fernald
  4. Kaedah Membaca Pelbagai Deria 
    (Multisensory Reading Method)
  5. Kaedah gabungan bunyi – kata 
    (Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan)
Link untuk Kuiz Pemulihan

Kuiz Diftong:  http://cikgumimifarhana.blogspot.com/2012/09/kuiz-diftong.html
Kuiz KVK+KV+KVK: http://cikgumimifarhana.blogspot.com/2012/09/kuiz-kvkkvkvk.html

Link untuk Kad Imbasan Pemulihan

Kad Imbasan KVKhttp://cikgumimifarhana.blogspot.com/2012/09/kad-imbasan-kvk.html
Kad Imbasan KV+KVKhttp://cikgumimifarhana.blogspot.com/2012/09/kad-imbasan-kvkvk.html