CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tertubuhnya Blog Ini

Assalammualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia.

'Kompilasi Ilmu'- Ilham pemberian nama blog ini adalah selaras dengan tujuannya iaitu mengumpul dan berkongsi pelbagai jenis ilmu berkenaan opsyen yang saya ambil bagi mengikhtiraf diri sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah. Tugasan menghasilkan blog ini merupakan salah satu kursus semester 8 iaitu 'Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3109)'.


Harapan saya apabila terhasilnya blog ini adalah dapat menjadi ilham dan idea baru bagi guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang inovatif untuk menarik minat murid pemulihan agar dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.